Kelas Kaedah Rawatan Strok & Kaedah Urutan

Alhamdulillah semalam (11 Mei 2015) pihak Darussyifa' KLIA & Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi telah berjaya menganjurkan Kelas Tafaqquh Perubatan: Kaedah Rawatan Strok (Angin Ahmar) & Kaedah Urutan.

Program yang diadakan di Darussyifa' BBST ini melibatkan penyertaan perawat dari Darussyifa' BBST, Darussyifa' KLIA, Darussyifa' Semenyih dan Darussyifa' Putrajaya.

Penceramah bagi program ini ialah Ust Ab Razak Mahadi (Pensyarah IPG Kampus Pengajian Islam, Bangi dan juga merupakan Penasihat Darussyifa' Semenyih)

Program ini bermula dengan Solat Maghrib berjemaah, makan malam, taaruf antara perawat, Solat Isyak berjemaah dan kelas pengajian.

Untuk makluman semua, program ini adalah salah satu dari usaha untuk melengkapkan diri perawat dengan nilai tambah yang baru. Semoga ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Penyampaian oleh Ust Ab Razak Mahadi
Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis












Kelas Kaedah Rawatan Strok & Kaedah Urutan Kelas Kaedah Rawatan Strok & Kaedah Urutan Reviewed by dsbbst on 21:14 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.