Status Wuduk Bila Tersentuh Jin Betina

Seorang manusia lelaki menyentuh jin betina atau sebaliknya, adakah ia membatalkan wudu' atau tidak?

Ini antara khilaf yang masyhur di antara dua orang ulama muta'akhir mazhab Syafi'ie iaitu al-Imam Ibn Hajar al-Haitami dan Imam Syamsuddin al-Ramli. 

Imam Ibn Hajar berpendapat tidak membatalkan, manakala ia membatalkan wudu' menurut Imam al-Ramli.

Khilaf ini berpaksi pada perbezaan pendapat di kalangan ulama-ulama Syafi'iyyah tentang hukum bernikah dengan jin. Bagi ulama yang berpendapat manusia tidak boleh bernikah dengan jin, maka hukum sentuhan itu tidak membatalkan wudu'. Manakala ulama yang mengharuskan berpendapat ia membatalkan wudu'.

Wallahu A'lam
Abu Ruqayyah Ba 'Alawi
(Ustaz Syed SHahridzan)
Status Wuduk Bila Tersentuh Jin Betina Status Wuduk Bila Tersentuh Jin Betina Reviewed by dsbbst on 20:39 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.