Latest Posts

Tuesday, 25 April 2017

Adakah Ada Kaitan Gangguan Ibu Terhadap Anak?

Ini jawapan dari Ustaz Faizar dari Indonesia berkenaan adakah ada kaitan gangguan ibu terhadap anak

Dalam kitab Ahkaamu atta'aamuli ma'al jinni wa adabur ruqaa asy-Syar'iyyah terbitan Maktabah Al-Imam Al-Wadi'iy hal.74, syaikh Abu Nashr Muhammad bin Abdillah Al-Imam mengatakan :
و قد يكون متلبسا به، فهذا أخطر و مؤاذاته أشد، و قد يكون الجني متلبسا بأمه فيؤذيه تبعا لمؤاذاته لأمه
"Dan terkadang jin bisa merasuk ke tubuh anak kecil, gangguan semacam ini lebih berbahaya dan lebih parah. Keadaan yg smacam itu bisa terjadi saat jin merasuk pada tubuh ibunya lalu kemudian mengganggu anaknya sebagai EFEK LANJUTAN atas gangguannya terhadap sang ibu..."

Selanjutnya layari facebook beliau Muhammad Faizar

Tuesday, 4 April 2017

Benarkah Sebaik-baik Jin Adalah Sejahat-jahat Manusia? Ust Abdullah Bukhari

Artikel asal oleh Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim dinukil dari facebook beliau.

Benarkah Sebaik-baik Jin Adalah Sejahat-jahat Manusia? Ust Abdullah Bukhari


Seringkali disebut dalam cerita seram yang ditayang di TV bahawa “sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia”. Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. 

Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata (al-A’raf [7.27]), manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca al-Quran dan al-Sunnah. Tanpa asas keduanya, sebarang kenyataan dan kepercayaan berkaitan jin boleh dianggap sebagai khurafat, tidak berasas, rapuh dan tidak boleh dipegang sama sekali.

Kenyataan itu juga sebenarnya salah dan bercanggah dengan al-Quran, al-Sunnah dan akal yang sihat. Terdapat banyak hujah yang menyangkal kenyataan tersebut:

1) Seperti manusia, jin juga dipertanggung jawabkan dengan taklif agama. Firman Allah:
سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَا الثَّقَلَانِ (31) فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (32)
Ertinya: Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (al-Rahman[55:31-32]).

Dengan taklif agama mereka akan diberikan ganjaran pahala dan balasan dosa atas semua perbuatan baik dan buruk mereka. Perbuatan baik pastinya akan diberikan ganjaran syurga, manakala perbuatan jahat akan diberikan balasan neraka di akhirat kelak. Sekiranya kenyataan di atas diterima, nescaya semua jin walaupun yang soleh akan tetap dihumban ke neraka. Kezaliman sebegini juga mustahil bagi Allah yang Maha Adil.

2) Allah mengiktiraf ada jin yang soleh dan layak ke syurga. FirmanNya:
وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَلِكَ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا
Ertinya: `Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan (al-Jinn[72:11]).
Juga firmanNya:
وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا الْقَاسِطُونَ فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُولَئِكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا
Ertinya: `Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar, (al-Jinn[72:14]).

3) Allah mengiktiraf para utusan, pendakwah dari golongan Jin (Tafsir Ibn Kathir pada tafsiran ayat berikut):
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آَيَاتِي وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنْفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ
Ertinya: WAHAI SEKALIAN JIN DAN MANUSIA! BUKANKAH TELAH DATANG KEPADA KAMU PARA RASUL DARI KALANGAN KAMU SENDIRI, yang menyampaikan kepada kamu ayatKu (perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? (al-An’am [6:130]).

Mereka ini adalah generasi awal jin yang memeluk Islam setelah mendengar nabi SAW membaca al-Quran, firmanNya:
وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآَنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ (29) قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى طَرِيقٍ مُسْتَقِيمٍ (30) يَا قَوْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ وَآَمِنُوا بِهِ يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُجِرْكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (31) وَمَنْ لَا يُجِبْ دَاعِيَ اللَّهِ فَلَيْسَ بِمُعْجِزٍ فِي الْأَرْضِ وَلَيْسَ لَهُ مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءُ أُولَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (32)
Ertinya: Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam). "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. "Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja dia melarikan diri) di bumi, dan dia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata” (al-Ahqaf [46:29-32]).

4) Generasi awal jin diiktiraf sebagai para sahabat nabi oleh ulama Hadith. Mereka juga menyenaraikan generasi awal jin ini dalam senarai para sahabat nabi. Antara yang disebut adalah: Zawba’ah, al-Arqam, al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (al-Isabah fi Ma’rifat al-Sahabah & Mustadrak al-Hakim dalam tafsir surah al-Ahqaf).

Sekiranya kenyataan tersebut dipakai, nescaya kita akan menghukum para sahabat nabi sebagai makhluk yang jahat, sedangkan para ulama’ sepakat menyatakan para sahabat semuanya adil (Dr. Muhammad Abu Layth,’Ulum al-hadith, Asiliha Wa Mu’asiriha, ms 103).

Selain itu banyak sekali ayat al-Quran yang menyokong fakta keadilan para sahabat nabi seperti seperti (al-Tawbah[9:100], al-Fath[48:18], al-Hasyr[59:8-9]). Huraian lanjut mengenai perkara ini sudah dibincangkan pada bab kelima terdahulu.

5) Nabi SAW memuji para sahabatnya dari kalangan jin yang sensitif terhadap ayat Allah ketika mendengar surah al-Rahman. Sebuah hadith menyebut:
خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَصْحَابِهِ فَقَرَأَ عَلَيْهِمْ سُورَةَ الرَّحْمَنِ مِنْ أَوَّلِهَا إِلَى آخِرِهَا فَسَكَتُوا فَقَالَ لَقَدْ قَرَأْتُهَا عَلَى الْجِنِّ لَيْلَةَ الْجِنِّ فَكَانُوا أَحْسَنَ مَرْدُودًا مِنْكُمْ كُنْتُ كُلَّمَا أَتَيْتُ عَلَى قَوْلِهِ
{ فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ } قَالُوا لَا بِشَيْءٍ مِنْ نِعَمِكَ رَبَّنَا نُكَذِّبُ فَلَكَ الْحَمْدُ
Ertinya: Rasulullah keluar membaca surah al-Rahman kepada para sahabatnya dari awal sehingga akhir surah. Mereka hanya diam. Baginda lalu bersabda: Aku pernah membacanya (surah al-Rahman) kepada para jin pada malam jin (malam baginda bertemu dan berdakwah kepada para jin). Reaksi mereka jauh lebih baik berbanding kamu semua. Setiap kali aku membaca (فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ -Maka yang mana satukah antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan - wahai umat manusia dan jin?) *, mereka akan berkata: Tiada satupun antara ni’matMu wahai Tuhan kami yang kami dustai, maka bagiMu sahajalah segala pujian (Sunan al-Tirmidhi & Tafsir Ibn Kathir).
ayat ini berulang sebanyak 31 kali dalam surah al-Rahman.

6) Allah menyediakan syurga untuk manusia dan jin yang beriman. FirmanNya:
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
Ertinya: Dalam syurga itu terdapat bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), YANG TIDAK PERNAH DISENTUH SEBELUM MEREKA OLEH MANUSIA DAN JIN; (al-Rahman[[55:56]).

Ayat ini menunjukkan jin yang beriman dan beramal soleh seperti manusia layak ke syurga (Tafsir Ibn Kathir &Tafsir al-Qurtubi pada tafsiran (al-Rahman[[55:56]).

 Rencana penulis berkaitan tajuk ini pernah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 28 Januari 2011.


KESIMPULAN

1) Kenyataan yang mengatakan “sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia” adalah tidak berasas, khurafat dan perlu dibendung penularannya.

2) Kenyataan tersebut secara tidak langsung menzalimi golongan jin Islam yang soleh. Banyak hujah yang menyangkal kenyataan tersebut, antaranya:
 Jin juga dipertanggungjawabkan dengan taklif agama Allah yang memungkinkan mereka ke syurga atau neraka.
 Allah mengiktiraf kewujudan golongan jin yang soleh dan layak ke syurga.
 Allah mengiktiraf para utusan, pendakwah dari golongan Jin.
 Generasi awal jin yang memeluk Islam di tangan Rasulullah diiktiraf sebagai para sahabat nabi oleh ulama Hadith.
 Nabi SAW memuji para sahabatnya dari kalangan jin yang sensitif terhadap ayat Allah ketika mendengar surah al-Rahman.
 Allah menyediakan syurga untuk manusia dan jin yang beriman.

Petikan dari buku AYAT-AYAT SYAITAN - BAB 10.

Buku ini sudah dihentikan penerbitannya oleh PTS. Saya sedang berusaha edit untuk terbitan semula. Doakan!

Tuesday, 7 February 2017

Cara Atasi Alahan Semasa Mengandung Loya & Muntah Awal Pagi

Alahan semasa mengandung adalah satu normal bagi wanita hamil. Adakala menjadi pengalaman ngeri dan adakala menjadi satu ingatan yang berguna.


Cara Atasi Alahan Semasa Mengandung

Ada beberapa cara untuk atasi alahan ini, antaranya:
  1.  Kawal Minda: Digalakkan untuk sentiasa mengawal minda apabil alahan berlaku dan sebelum berlaku
  2. Ubah diet: Makan sedikit-sedikit dengan kerap
  3. Sokongan: Sokongan yang amat diperlukan adalah dari suami dan keluarga. 
  4. Supplement dan vitamin
Untuk bacaan lanjut boleh klik link ini Cara Atasi Alahan Semasa Mengandung

Sebarkan


cara atasi alahan semasa mengandung

Wednesday, 25 January 2017

Fiqh Forensik: Mensabitkan Jenayah Sihir - Majalah Al-Ustaz

Fiqh Forensik: Mensabitkan Jenayah Sihir - Majalah Al-Ustaz

Di Malaysia, peruntukan  bagi kesalahan jenayah sihir masih dalam proses penggubalan. Walaupun aspek keterangan dan tuntutan prosedurnya agak rumit, penggubalan kesalahan ini kelak akan dapat menyekat kegiatan tukang sihir yang kian berleluasa dan memberi pengadilan kepada mereka yang tidak bersalah.

Takrif Sihir

Menurut Ibn Qudamah dalam al-Mughni:
Ikatan, simpulan, mantera atau bacaan yang dibacakan, ditulis atau dilakukan ke atas bahagian badan, dalaman atau fikiran mangsa sihir secara perantaraan (bukan secara langsung). 

Jelas Ibn Qudamah lagi, perbuatan ini adalah perkara yang betul-betul dialami oleh mangsa, dan sihir tersebut mampu: 
  • membunuh
  • menyakitkan
  • menghalang suami dan isteri daripada bersama
  • menyebabkan perpisahan suami dan isteri
  • membangkitkan kemarahan dua pihak
  • menimbulkan perasaan sayang antara dua pihak

Tulisan Ustaz Ahmad Shukran Baharudin 'Fiqh Forensik: Mensabitkan Jenayah Sihir' dari Majalah al-Ustaz (klik untuk besarkan paparan)

Fiqh Forensik Mensabitkan Jenayah Sihir Majalah al-Ustaz
Klik untuk besarkan paparan

Fiqh Forensik Mensabitkan Jenayah Sihir Majalah al-Ustaz
Klik untuk besarkan paparan

Sihir Dalam Pandangan Al-Quran Jurnal Usuluddin

Sihir adalah perbuatan ajaib yang dilakukan dengan pesona dan kekuatan ajaib (guna guna, mantra atau jampi) yang digunakan untuk tujuan tertentu, seperti penangkal dan mencelakai orang lain. Karena itu sihir bisa menimbulkan dampak beraneka ragam, seperti sakit, kematian, kebencian, gairah syahwat dan penceraian serta perselingkuhan. Dalam Al-Qur’an tidak kurang dari 30 ayat bicara mengenai sihir.

Antara lain surat Al-Baqarah ayat 102 yang menjadi fokus telaah ini. Asbabunuzul ayat ini, diatarbelakangi tuduhan kafir Quraisy terhadap Nabi Muhammad saw. bahwa ajaran yang dikembangkan belia itu, adalah sihir, lalu turun ayat 102 Al-Baqarah ini. 

Dalam ayat ini Allah menceritakan perbuatan sihir orang Yahudi di zaman Nabi Sulaiman. Tujuan mereka memutar balikkan fakta dan pembangkangan terhadap kitab Taurat yang benar. Dan ilmu sihir yang mereka kembangkan, tidak ada relevansinya dengan ajaran Nabi Sulaiman. Mempelajari ilmu sihir menurut sebagian ulama tafsir, adalah boleh yang dilarang
menggunakan ilmu itu untuk kejahatan. 

Menurut para ahli tafsir, ilmu sihir termasuk ilmu yang tercela, merugikan bagi diri si penyihir dan yang terkena sihir. Karena itu kedua belah pihak bisa dikenakan sebagai sikap penolakan kebenaran atau kekafiran.

Untuk bacaan lanjut, boleh klik gambar-gambar di bawah

sihir dalam pandangan al quran
No 1

sihir dalam pandangan al quran













Monday, 16 January 2017

Sumbangan Untuk Kos Pembangunan Darussyifa' BBST

Sumbangan Untuk Kos Pembangunan Darussyifa' BBST

Pihak Pengurusan Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi, Taman Seroja, Sepang, Selangor dalam proses untuk membuat penambahbaikan dari sudut infrastruktur premis Darussyifa' BBST bagi keselesaan pesakit.

Justeru kami mohon sumbangan ikhlas dari Tuan/Puan/Cik bagi menjayakan hasrat ini.


Sumbangan boleh disalurkan melalui (pilih salah satu)


  1. Bayaran tunai kepada wakil Darussyifa' BBST. Boleh ke Pusat Rawatan di alamat 11, Jalan Seroja 6, Taman Seroja, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia (location Google Maps https://goo.gl/maps/Md1g6WN9Tjs)
  2. Bank Transfer (ATM/Online) ke akaun Darusyyifa Bandar Baru Salak Tinggi 0505 8010 0242 68 (Bank Islam Malaysia Berhad)


Mohon nyatakan jumlah sumbangan yang anda berikan untuk kos pembangunan Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi (Sepang Selangor). Bagi memudahkan urusan kami mengasingkan wang tersebut dari wang pengurusan


Nyatakan Jumlah Sumbangan kepada (pilih salah satu)


  1. SMS/Whatsapp/Call : 010-8178394 (No Rasmi Darussyifa BBST)
  2. Emel ke darussyifabbst@gmail.com
  3. Isi borang ini http://bit.ly/2isPNOM (Google Form)


Antara Projek2 Pembangunan Yang Akan Dijalankan

1. Pemasangan Karpet di Bahagian Bawah dan Atas


2. Pemasangan Signboard Baharu

3. Pembelian Rak 

4. Pemasangan Pintu Utama (Kaca)

5. Kerja mengecat dan keceriaan premis 

dan lain-lain


Semoga Allah kurniakan ganjaran sebaiknya buat anda dan keluarga

Monday, 5 December 2016

Junub dan Wanita Haid Baca Al-Quran Niat Zikir - Ustaz Syed Shahridzan

JUNUB & WANITA HAID BACA AL-QURAN NIAT ZIKIR

wanita haid baca al quran niat zikir

-JUNUB & WANITA HAID BACA AL-QURAN NIAT ZIKIR-
SOALAN INBOX ( Ustaz Syed Shahridzan)

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh ustaz,saya nak bertanya,bolehkah ketika berjunub membaca semua surah al-baqarah niat semata-mata zikir?
.
JAWAPAN:

1) Orang yang berjunub dan wanita dalam keadaan haid dan nifas diharamkan membaca alquran menurut majoriti ulama termasuk mazhab Imam Syafi'ie رضي الله عنه.
.
2) Mereka yang berhadas besar sebegini haram membaca al-Quran walaupun sedikit dari ayat suci al-Quran. Perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawi رحمه الله di dalam ‘al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab’:
قد ذكرنا أنه يحرم على الجنب والحائض والنفساء قراءة شئ من القرآن وإن قل حتى بعض آية ولو كان يكرر في كتاب فقه أو غيره فيه احتجاج بآية حرم عليه قراءتها ذكره القاضي حسين في الفتاوى لأنه يقصد القرآن للاحتجاج: قال أصحابنا ولو قال لإنسان خذ الكتاب بقوة ولم يقصد به القرآن جاز وكذا ما أشبههه ويجوز للجنب والحائض والنفساء
Maksudnya: ‘Telah kami nyatakan bahawa haram ke atas orang yang berjunub, perempuan yang haid dan nifas membaca sedikit pun daripada al-Quran, walaupun sedikit meskipun separuh ayat, walaupun ia berulang-ulang di dalam kitab fiqh atau selainnya yang mana ia sebagai hujah dengan ayat suci di dalamnya, maka diharamkan membacanya sepertimana yang dinyatakan oleh al-Qadhi Husein di dalam fatwa-fatwanya. Ini kerana dia bertujuan membaca al-Quran untuk tujuan berhujah. Menurut ulama-ulama kami, jika seseorang(berhadas besar) menyebut “خذ الكتاب” (surah Maryam, ayat 12) dengan kuat(jelas) dan tidak bertujuan membaca al-Quran maka ia diharuskan, begitu juga yang seumpamanya’.
.
3) Kenyataan Imam Nawawi رحمه الله di atas jelas menyatakan bahawa haram membaca sepotong ayat atas tujuan membaca al-Quran. Namun diharuskan membaca potongan-potongan(frasa ayat) dengan tujuan bukan al-Quran, tetapi atas tujuan lain. Ini dinyatakan oleh beliau dalam rujukan yang sama:
ويجوز للجنب والحائض والنفساء في معناه أن تقول عند المصيبة (إنا لله وإنا إليه راجعون) إذا لم تقصد القرآن: قال أصحابنا الخراسانيون ويجوز عند ركوب الدابة أن يقول (سبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين) لا بقصد القرآن وممن صرح به الفوراني والبغوي والرافعي وآخرون وأشار العراقيون إلى منعه والمختار الصحيح الأول
Maksudnya: ‘Harus bagi orang yang berjunub, haid dan nifas menyebut ketika musibah menyebut “إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ”(al-Baqarah, 156) jika tidak bermaksud al-Quran. Menurut ulama-ulama kami ahli Khurasan harus membaca ketika menaiki tunggangan “سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ”(al-Zukhruf, 13) jika tidak bertujuan (membaca) al-Quran, antara yang menjelaskan secara terang tentang keharusannya ialah al-Fauzani, al-Baghawi, al-Rafi’ie dan selain mereka. Para ulama kami ahli Iraq pula memberi isyarat tentang larangannya(haram membaca secara mutlak) dan pendapat yang terpilih dan sahih ialah pendapat yang pertama(ahli Khurasan)’.
.
4) Jelaslah sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi رحمه الله bahawa orang yang berhadas besar, haid dan nifas dibenarkan membaca potongan ayat al-Quran yang berbentuk doa tetapi dengan tujuan membaca doa bukannya tujuan membaca al-Quran seperti “رَبَّنَآ آتِنَا فِي ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي ٱلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّار”(al-Baqarah, 201).
.
5) Kesimpulannya, yang diharuskan mereka yang berhadas besar(junub, haid dan nifas) membaca potongan atau frasa ayat-ayat suci al-Quran yang berbentuk doa dengan tujuan membaca doa seperti doa naik kenderaan yang dipetik dari al-Quran(al-Zukhruf, 13). Begitu juga diharuskan bagi yang berhadas besar membaca separuh atau satu dua perkataan dari ayat suci untuk tujuan zikir bukan tujuan al-Quran tetapi zikir seperti nama-nama Allah(Amaul Husna) di dalam al-Quran.
.
6) Para ulama mutakhir mazhab Syafi'ie telah memperincikan melalui apa yang difatwakan oleh ulama-ulama terdahulu dengan mengharuskan mereka yang berhadas besar membaca al-Quran keseluruhannya tanpa tujuan membaca al-Quran. Kenyataan ini disebut oleh Imam al-Ghamrawi رحمه الله di dalam kitab "al-Siraj al-Wahhaj":
ويحرم بالجنابة أيضا القرآن أي قراءته ولو لبعض آية ولو حرفا وتحل أذكاره وكذا غيرها ولو لما لا يوجد نظمه إلا في القرآن كآية الكرسي لا بقصد قرآن بأن يقصد الذكر أو يطلق فإن قصد القرآن وحده أو مع الذكر حرم وقد أفتى بعض المتأخرين أنه لو قرأ القرآن جمعه لا بقصد القرآن جاز
Maksudnya: "dan diharamkan dengan sebab junub juga membaca al-Quran walaupun sebahagian ayat, walaupun satu huruf, dan dihalalkan zikir-zikirnya begitu juga selainnya walaupun yang tiada nazamnya(bentuk ayat) melainkan di dalam al-Quran seperti ayat kursi BUKAN TUJUAN AL-QURAN, iaitu tujuan zikir atau tujuan mutlak. Jika seseorang(yang berjunub) membaca dengan tujuan al-Quran (sahaja) atau beserta niat zikir maka hukumnya haram. Sebahagian ulama-ulama mutakhir berfatwa bahawa jika dia(orang yang berjunub) membaca seluruh al-Quran bukan tujuan membaca al-Quran maka hukumnya harus".
.
7) Ulama mutakhir yang di maksudnya oleh Imam Ghamrawi adalah dari apa yang difatwakan oleh Imam Syahabuddin al-Ramli(Ramli Kabir) dan disokong oleh anak-anak murid beliau iaitu Imam Ibn Hajar al-Haitami, Imam al-Khatib al-Syirbini dan anak beliau Imam Syamsuddin al-Ramli. Manakala Sheikhul Islam Zakaria al-Ansori رحمه الله tidak sependapat dengan mereka رحمهم الله dalam isu ini, iaitu tidak boleh membaca keseluruhan al-Quran walaupun berniat/bermaksud zikir, namun diharuskan pada surah-surah yang pendek seperti 3 Qul, ayat kursi untuk tujuan zikir. Pada pengamatan saya, pandangan Sheikhul Islam ini bertepatan dengan kenyataan imam Nawawi di dalam kitab al-Majmuk dan ulama-ulama mazhab Syafi'ie dari aliran Khurasan.
.
8) Berdasarkan kenyataan di atas, para ulama mutakhir mazhab Syafi'ie(kurun ke-10 hijriyyah ke atas) berselisih pendapat tentang hukum orang yang berhadas besar membaca seluruh al-Quran atas niat zikir samaada ia diharuskan atau tidak. Namun mereka bersepakat bahawa haram bagi yang berhadas besar membaca al-Quran atas tujuan al-Quran seperti niat membaca al-Quran. Walaubagaiamana pun, menurut kitab "Hasyiah al-Jamal", pendapat yang muktamad di sisi mazhab Syafi'ie adalah apa yang difatwakan oleh Imam Syahabuddin al-Ramli.
.
9) Kesimpulannya diharuskan mereka yang berhadas besar(termasuk haid dan nifas) membaca keseluruhan al-Quran dan satu surah yang panjang dengan niat zikir seperti niat membaca doa memohon kebaikan dari Allah dari petikan ayat 201 dari surah al-Baqarah(Rabbana Aatina fid dunya hasanah...) dan ayat 13 surah al-Zukhruf(doa naik kenderaan) atau berniat zikir ketika ditimpa musibah seperti membaca potongan ayat 156 surah al-Baqarah(Inna lillahi...). Namun jika ada niat membaca al-Quran walaupun sedikit maka hukumnya haram walaupun sebaris ayat menurut majoriti ulama 4 mazhab.
.
10) Apa pun Imam Suyuti berpendapat di dalam kitab "al-Hawi Li al-Fatawa" agak sukar digambarkan satu surah yang panjang keseluruhannya tanpa tujuan al-Quran, ini kerana lafaz ayat-ayat suci di dalamnya untuk tujuan tilawah.
.
11) Antara perbezaan membaca al-Quran untuk tujuan membaca al-Quran dan tujuan zikir. Tujuan zikir biasanya dibaca tanpa dititikberatkan tawjid iaitu membaca ayat suci tanpa tajwid. Dari sudut ganjaran hanya mendapat pahala membaca zikir bukan pahala membaca al-Quran(satu huruf mendapat 10 pahala). Antara lain tujuan zikir adalah untuk mengambil ibrah dan pengajaran yang terkandung di dalam ayat-ayat suci.
..
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

*Tambahan: Membaca ayat al-quran untuk tujuan elak gangguan (ruqyah) dibolehkan asalkan niat sebagai zikir

Artikel asal dari Facebook Ustaz Syed Shahridzan

Location via Google Maps

Kalam Indah

Sumbangan Dana

Sumbangan Dana

Makluman

Makluman

Rawatan Bangunan

RAWATAN RUMAH & BANGUNAN

Rawatan rumah/ bangunan dijalankan pada HARI KHAMIS (Minggu Pertama & Ketiga) bermula dengan Solat Maghrib sehingga Solat Isyak di tempat tersebut.


Borang rawatan rumah & bangunan boleh diambil dan diisi di Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi.

Bidara Syifa - 012 344 7697

Bidara Syifa -  012 344 7697
Hubungi Ust Kamil

Wangian Doa Syifa'

Wangian Doa Syifa'

Jual Beli Hartanah

Vitamin Untuk Kesihatan

Artikel Pilihan